Thursday, December 30, 2010

~Mencari mimpi~

jam menunjukkan pkul 4.57 pagi...hajat dihati ingin meyiapkan laporan.. namun tergendala dalam pencarian maklumat mngenai pgram.. itulah dunia IT..semuanya dihujung jari.. pada awalnya mencari maklumat... tp skang dh bertukar menjadi analisis data... dalam mencari idea, tiba2 hati tergerak untk berbicara pada kalam sunyi...jari jemari mula mula mengalunkan irama rancak menghiasi pagi yang dingin...

tajuk apa yang menarik utk dijadikan bicara.. terkelu!! ternyata cita-citaku tidak sama dengan bakat diri... (sebab cita2 ingin menjadi seorang penulis).. namun belum cuba belum tau.. apa salahnya andai mula berjinak-jinak..tidak rugi pun.. andai kita berusaha, pasti akan berjaya... klu takut untuk mencuba pasti kita gagalkan???..

bukankah saat kejayaan ditagih usaha menjadi taruhan, saat kejayaan diharapkan konsenstrasi menjadi ukuran, saat kejayaan diimpikan angan-angan menjadi peranan, saat kejayaan didambakan, pada-Nya sahaja disandarkan segalanya...

membaca kata-kata ini mmbuatkan diri ini rasa bersalah untuk mengundurkan diri dari menggapai awan dilangit tinggi..

walau diri ini tidak sehebat mana, tetapi bersyukurlah dengan kurnia-Nya.. telah banyak nikmat-Nya dimungkiri malah rasa tidak bersyukur sering menimpa diri.. angkuhnya diri kita.. siapakah kita!!kenapa diri ini sering membiarkan diri ini hanyut ditelan nafsu. sering meminta-minta pada yang bukan haknya. bila di uji dengan kepayahan terlalu mudah mengalah.. kita sebenarnya baru diuji dengan sedikit cubaan yang ada di dunia ini. masih terdapat ramai manusia yang lebih malang dari kita, lebih derita hidupnya, lebih payah dugaan buat diri. namun itu semua dihadapi dengan tenang..

bangkitlah wahai diri, janganlah dibiarkan nafsu merantai jiwamu.. andai dipanah oleh kesusahan dan kepayahan, tenanglah menghadapinya... gapailah Redha Ilahi, hanya padanya tempat bersujud dan mengadu. bimbinglah hati, didiklah jiwamu mrnjadi jiwa yang tenang dibawah naungan rahmat kasih dari Tuhanmu, Allahu Rabbi.. tiada yang mustahil bagi-Nya...

1 comment:

  1. Seringkah kita terfikir, bagaimana mulinya dan berihnya hati Nabi SAW yang kita sanjungi, tetap tersenyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi, kenapa kita mudah membenci bila disakiti, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila dilukai..

    Ayuh kita tarbiyah diri kita, agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah Nabi SAW yang terpuji. keranan itulah sifat hamba Allah hakiki..

    ReplyDelete